Cara ia berfungsi

Langkah 1: Semak kelayakan penerbangan anda

Bidaan Naik Taraf disediakan di beberapa laluan terpilih. Sahkan kelayakan penerbangan anda dengan memberikan maklumat tempahan anda pada panel di bawah.

Langkah 2: Buat bidaan untuk bertukar ke kabin satu kelas lebih tinggi

Anda akan melihat kekuatan tawaran anda semasa membida. Jika berjaya, anda akan dicaj berdasarkan jumlah bidaan anda dan menerima pengesahan dalam tempoh dua hingga tiga hari sebelum perlepasan.

Langkah 3: Nikmati naik taraf anda

Sebaik sahaja naik taraf anda disahkan, anda akan menikmati banyak kelebihan perjalanan di Kelas Bisnes atau Ekonomi Premium kami yang meraih anugerah. Sila ambil maklum bahawa elaun bagasi tambahan tidak termasuk dalam naik taraf anda.

Adakah penerbangan anda layak untuk Bidaan Naik Taraf?

Masukkan butiran penerbangan anda di bawah untuk mengetahuinya.

Kelebihan naik taraf

Dari penambahbaikan ruang yang lebih luas dan keutamaan menaiki pesawat ke akses ruang istirahat serta hidangan istimewa akan memberikan perbezaan yang ketara sepanjang perjalanan anda.

premium economy benefits

Ekonomi Premium

  • Terletak di kabin berasingan yang lebih senyap, tempat duduk Ekonomi Premium kami yang lebih luas mempunyai penyandar yang selesa serta tempat letak kaki yang direka khas.
  • Nikmati keistimewaan tambahan sepanjang perjalanan anda termasuk minuman semasa ketibaan, tuala panas, kit ameniti dan fon kepala pembatalan hingar.
  • Perjalanan menjadi lebih lancar dengan kaunter daftar masuk Ekonomi Premium khusus di lapangan terbang terpilih dan nikmati keistimewaan keutamaan menaiki pesawat.

Learn more about Premium Economy on Cathay Pacific

business benefits

Kelas Bisnes

  • Tempat duduk Kelas Bisnes yang meraih anugerah kami boleh dilaraskan untuk dijadikan tempat duduk atau tempat tidur. Ia boleh dilipat rata menjadi katil yang selesa.
  • Penerbangan Kelas Bisnes akan memberikan anda akses ke ruang istirahat premium kami di seluruh dunia, termasuk ruang istirahat terunggul kami di Hong Kong.
  • Menu Kelas Bisnes kami menghidangkan bahan-bahan tempatan dari sumber mampan, selain menawarkan pilihan hidangan ringan dan sihat.

Learn more about Business Class on Cathay Pacific

Maklumat berguna

Ketersediaan laluan

Bidaan Naik Taraf buat masa ini tidak boleh didapati di antara Hong Kong dan mana-mana destinasi di India atau Jepun;atau di antara Taipei dan Jepun (Tokyo Narita Intl, Osaka, Fukuoka, Nagoya).

Sila ambil maklum, buat masa ini semua pelanggan yang membuat tempahan penerbangan di China atau India dikecualikan daripada mengambil bahagian dalam Bidaan Naik Taraf ini disebabkan oleh batasan teknikal.

Disebabkan penggiliran pesawat dan keperluan pengoperasian, Kelas Bisnes atau Ekonomi Premium mungkin tidak disediakan untuk semua segmen penerbangan.

Apabila membuat tempahan

Bagi penerbangan yang ditempah di laman web kami, pemberitahuan kelayakan Bidaan Naik Taraf akan dipaparkan di laman pengesahan tempahan.

Apabila membuat bidaan

Anda akan diminta untuk memberikan butiran pembayaran ketika membuat bidaan anda. Anda boleh mengubah atau membatalkan Bidaan Naik Taraf anda pada bila-bila masa 50 jam sebelum perlepasan penerbangan.

Apabila bidaan anda berjaya

Jika tawaran anda berjaya, kami akan menghubungi anda melalui e-mel dalam tempoh dua hingga tiga hari sebelum penerbangan anda untuk memaklumkan bahawa tiket anda sudah dinaik taraf. Anda boleh mendaftar masuk untuk kelas Ekonomi Premium atau Kelas Bisnes secara dalam talian.

Ketahui lebih lanjut tentang Bidaan Naik Taraf

Soalan lazim Buka tetingkap baru

Ketahui lebih lanjut bagaimana ciri Bidaan Naik Taraf berfungsi, termasuk maklumat mengenai bidaan untuk pelbagai penumpang dan penerbangan pelbagai segmen.

Terma dan syarat Buka tetingkap baru

Halaman ini mengandungi maklumat penting berkenaan penggunaan anda untuk fungsi Bidaan Naik Taraf.